DERITA PESAKIT BUAH PINGGANG

 



Sayangilah diri, elakkan diri dari mendapat Penyakit Buah Pinggang juga elakkan diri dari menjalani Dialisis.

SETIAP tahun, lebih daripada 3,000 orang penduduk Malaysia disahkan menghidapi penyakit kegagalan buah pinggang kronik dan menerima rawatan dialisis. Buat masa ini, lebih 28,000 penduduk Malaysia sedang menerima rawatan dialisis.

Sebab utama berlakunya penyakit buah pinggang (nefropati diabetes) di kebanyakan negara adalah disebabkan dengan Diabetes mellitus, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga menghisap rokok.  Di Malaysia sebanyak 51% kes-kes baru yang diterima untuk dialisis adalah kebanyakannya dikalangan pesakit-pesakit yang mengidap diabetes (kencing manis) yang akhirnya mengalami kegagalan buah pinggang.

TANDA-TANDA MENDAPAT PENYAKIT BUAH PINGGANG

- Darah keluar bersama-sama air kencing.
- Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
- Sakit belakang.
- Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
- Bengkak pada pergelangan kaki.
- Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
- Kencing Kotor
- Rasa sakit pada bahagian belakang, di tepi dan juga pangkal paha
- kegagalan untuk buang air kencing jika ada halangan di saluran kencing
- Urin berwarna keruh, gelap atau berbau busuk
- Rasa mual dan muntah
- Demam atau menggigil
- Ketidakselesaan atau rasa sakit atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
- mengantuk / kekeliruan.
- gangguan tidur.

APABILA BUAH PINGGANG TIDAK BERFUNGSI

Apabila buah pinggang sudah tidak berfungsi, lazimnya mereka akan menjalani Dialisis.
Menjalani Dialisis (orang awam menggunakan istilah dialisis adalah cuci darah dengan mesin)

Adakah rawatan dialisis boleh membantu menyembuhkan penyakit buah pinggang?

Jawapannya adalah TIDAK. Rawatan dialisis bukan untuk menyembuhkan penyakit buah pinggang anda,tetapi ianya menggantikan fungsi buah pinggang anda.Dan anda terpaksa menggunakan rawatan ini seumur hidup anda, kecuali anda melakukan pemindahan organ buah pinggang.

Setiap pesakit buah pinggang yang menjalani Dialisis adalah perlu:

Perlu menjalani Dialisis satu minggu 3 kali (1 bulan 12 Kali)

Setiap kali menjalani Dialisis ianya akan mengambil masa selama 4 jam.

Kos untuk menjalani Dialisis seminggu lebih kurang RM600.00

Sekali sudah menjalani Dialisis bermakna sepanjang hayat akan menjalaninya.

Jika Tidak menjalani Dialisis boleh mengakibatkan kehilangan Nyawa kerana tubuh badan akan menjadi lemah.

Sabtu lalu, Ustaz Shafie yang mengendalikan Kursus Haji Bersiri di Matang Gedong, Sg.Petani ada maklumkan pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis telah difatwakan tidak wajib haji. Peraturan haji yang dikuatkuasakan oleh Tabung Haji ini juga turut tertera dalam surat makluman yang dihantar kepada pemohon . (Terlepaslah  peluang menjadi tetamu Allah di Mekah)

Pantang larang bagi yang menjalani dialysis

"MAKAN kena pantang. Tak boleh makan nasi biasa, yang berkanji dan tinggi karbohidrat. Tidak boleh juga ambil banyak makanan manis, tinggi kandungan protein dan garam. Jangan sampai terlebih ayam, ikan, daging, hati dan soya. Semuanya kena hati-hati kalau nak makan. Kalau dah semua tak boleh, habis saya nak makan apa?"

Demikian antara keluhan yang sering ditimbulkan oleh kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan dialisis kerana berdepan dengan masalah ginjal.

Apakah Gejala yang sering berlaku sewaktu menjalani Dialisis ?

Kesan sampingan proses dialisis termasuk gangguan tidur, kulit kering, kekejangan otot, loya, muntah-muntah, pening kepala, jangkitan kuman, pendarahan dari tempat cucukan jarum, serta penurunan mendadak tekanan darah (hypotensi). Biasanya selepas lima tahun menjalani rawatan dialisis, pesakit mungkin akan mengalami DRA atau Dialysis Related Amyloidosis di mana berlakunya pemendapan protein-protein dari darah pada tendon dan sendi-sendi pesakit yang mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan pada sendi mereka.

Pesakit juga boleh mendapat jangkitan Hepatitis B lantaran darah pesakit terdedah semasa menjalani rawatan dialisis. Keadaan anemia (kurang darah merah) juga boleh berlaku akibat hormon erythropoietin berkurangan di sum-sum tulang.
Malah, kebanyakan pesakit mengakui mereka lebih ditekankan mengenai apa yang tidak boleh dimakan berbanding apa yang boleh dimakan sehingga mendatangkan stres.

Kehidupan seorang pesakit yang menjalani dialysis bolehlah  diibaratkan sebagai seorang yang tiada kualiti dalam hidup oleh kerana terlalu banyak pantang larang demi  menjaga nyawa mereka.  Untuk bergerak ke sana kemari tidak lagi sebebas dulu, dibelengu dengan  peraturan dialysis dan akhirnya kebanyakan dari mereka menjadi seorang yang MURUNG.

Adakah cara terbaik bagi yang sedang menjalani rawatan dialysis dapat dipulihkan ?

Bagi mereka yang sedang mendapat rawatan melalui mesen dialysis , bergantung kepada buah pinggang mereka, ada kes yang boleh disembuhkan terus sehingga tidak perlu lagi menjalani dialysis (sakit buah pinggang disebabkan oleh buah pinggang yang mengecut) .
Jika kerosakan kepada buah pinggang ianya boleh mengurangkan kekerapan menjalani dialysis.
Bagi pengidap penyakit buah pinggang tetapi belum menjalani dialysis harapan untuk pulih seperti sedia kala masih ada.

Kami mengesyorkan pesakit-pesakit ini diberi makan produk dibawah:




Bagi mereka yang tidak mahu mendapat sakit buah pinggang, sakit kanser, sakit kencing manis, sakit darah tinggi, sembelit, gout, penyakit kulit dan lain-lain lagi, kami amat mengesyorkan agar mengamalkan meminum produk SSG PLUS DRINK.


Setelah kita membaca artikal diatas, sudah pastinya kita memohon kepada Allah agar dijauhi dari mendapat sebarang penyakit lebih-lebih lagi hingga yang melibatkan penyakit buah pinggang.
Ada orang kata , apa nak buat … sudah ketentuan Allah kita redho aja lah dapat penyakit ni….

Persoalannya BETUL ke…

Kena ingat… setiap penyakit pasti ada ubatnya. Allah suruh kita berusaha mencari penawarnya bukan bulat-bulat menerima segalanya. Setelah kita berusaha mencari penawar, barulah Allah akan tentukan takdir kita. Berusahalah, Bermunajat dan Bertawakal Kepada Allah.

Dapatkan produk-produk berasaskan Daun Belalai Gajah yang banyak khasiatnya kepada tubuh badan kita.

Lagi info berkenaan sakit buah pinggang


Buah pinggang anda adalah satu unit penapisan darah untuk organ-organ di dalam badan. Ianya terletak di bahagian bawah belakang di kedua-dua belah tulang belakang. Di dalam buah pinggang anda pula, terdapat kelompok saluran darah yang merupakan struktur penapisan, dipanggil glomeruli. Tugas glomeruli ialah untuk menyimpan air dan membolehkan sisa-sisa buangan disingkirkan ke dalam air kencing, yang bergerak melalui saluran kencing ke pundi kencing. Terdapat banyak penyakit yang berbeza yang boleh menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang anda, dan menghilangkan keupayaan badan untuk memastikan darah anda ditapis dengan betul.

Kanser Buah Pinggang


Kanser buah pinggang berlaku apabila sel-sel buah pinggang anda bertukar menjadi sesuatu  yang membesar tanpa kawalan. Satu laporan yang dikeluarkan oleh National Cancer Institute telah menjelaskan bahawa jenis kanser buah pinggang yang paling biasa berlaku adalah renal cell carcinoma. Kanser jenis ini bermula dalam sel-sel yang melapisi struktur tiub kecil, yang dipanggil tubul. Satu lagi jenis kanser buah pinggang berpunca dari sel-sel pelvis buah pinggang, yang mana tiub saluran kencing menghubungkan buah pinggang. Kanser buah pinggang jenis ini dipanggil transitional cell carcinoma. Merokok, obesiti dan tekanan darah tinggi adalah faktor-faktor risiko untuk penyakit buah pinggang jenis ini.

Batu Karang

Pembentukan batu karang adalah satu lagi jenis penyakit buah pinggang. Penyakit ini dicirikan oleh pembentukan kristal yang keras dan tajam di dalam buah pinggang dan saluran kencing, dan boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Batu karang terbentuk dari mineral-mineral yang terlarut di dalam urin. Batu karang adalah sejenis penyakit yang paling biasa dikaitkan dengan penyakit buah pinggang dan merupakan antara penyebab utama berlakunya kerosakan pada fungsi buah pinggang.

Nefropati Analgesik

Nefropati analgesik adalah sejenis penyakit buah pinggang di mana buah pinggang rosak disebabkan oleh pengambilan analgesik untuk jangka masa yang panjang, iaitu ubat tahan sakit yang diambil untuk tempoh masa yang lama. Mengikut laman web MedlinePlus, seseorang yang perlu menelan enam biji pil atau lebih dalam sehari, selama lebih daripada tiga tahun untuk buah pinggang mereka berpotensi mendapat nefropati analgesik. Tanda-tanda penyakit buah pinggang ini termasuk kelemahan, keletihan, darah dalam air kencing, sakit belakang, loya, dan muntah.

Lupus Nefritis

Lupus nephritis adalah sejenis keradangan di dalam buah pinggang yang disebabkan oleh penyakit auto-imun systemic lupus erythematosis, kebiasaannya dipanggil lupus. Cedars-Sinai menganggarkan bahawa satu daripada setiap tiga orang yang mengidap lupus akan mendapat lupus nefritis. Di dalam lupus, sistem imun akan menghasilkan antibodi yang mengikat kepada protein sendiri. Untuk lupus nefritis, antibodi-antibodi yang kompleks akan menumpang di dalam buah pinggang dan mencetuskan keradangan, dan akhirnya, keradangan tersebut akan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Seseorang yang mempunyai lupus nefritis mungkin mempunyai tekanan darah tinggi, berat badan dan air kencing yang berbuih dan berwarna gelap.